Cari:
Majlis Penyerahan Kelengkapan Perubatan Moden kepada Kemboja
2018-02-27 11:09:22 CRI Cetak

Majlis penyerahan kelengkapan perubatan moden yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan China kepada Hospital Tentera Diraja Kemboja diadakan di Phnom Penh semalam.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Komboja, Tea Banh menyatakan terima kasih kepada China dalam majlis penyerahan tersebut.

Beliau berkata, kelengkapan perubatan tersebut mencerminkan sokongan China terhadap pembangunan sektor perubatan Kemboja. Bantuan China kepada Komboja dalam pelbagai aspek amat penting bagi negara itu.

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo pula berkata, interaksi dan kerjasama antara tentera kedua-dua negara terus meningkat hingga membuahkan hasil ketara terutamanya dalam bidang perubatan.

Beliau yakin kelengkapan itu dapat membantu Hospital Tentera Diraja meningkatkan taraf perkhidmatan perubatan, sekali gus memajukan sektor penjagaan kesihatan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China