Cari:
Gempa 6.0 Landa Indonesia
2018-02-27 13:23:08 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda kawasan perairan berhampiran provinsi Maluku, Indonesia malam semalam.

Tiada kerugian nyawa atau harta benda dilaporkan setakat ini.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, gempa berlaku pada pukul 8.34 malam waktu tempatan (9.34 waktu Malaysia) pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa berada di kawasan perairan 79 kilometer dari utara provinsi Maluku dan 196 kilometer dari bandar Ambon, ibu kota provinsi itu.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China