Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) semalam secara rasmi mengumumkan Joko Widodo sebagai calon presiden pada pilihan raya presiden 2019.
Demikian diumumkan Pengerusi PDIP, Megawati Sukarnoputri baru-baru ini.
Menurut laporan, pencalonan Joko untuk penggal 2019-2024 itu diputuskan pada sidang kerja nasional parti itu yang diadakan secara tertutup di Bali.
Jokowi menjawat jawatan presiden Indonesia ke-7 pada 20 Oktober 2014 selepas menang dalam pilihan raya. Beliau giat menggalakkan tindakan antirasuah dan membangunan ekonomi nasional.