Cari:
Alibaba Kerjasama Bangun EEC Thailand
2018-02-27 14:46:19 CRI Cetak

Jack Ma, pengasas syarikat gergasi China, Alibaba akan menghantar delegasi pegawai pengurusan kanan untuk membincangkan strategi baharu pembangunan bersama Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand pada bulan depan.

Lapor media tempatan memetik Menteri Perindustrian Thailand, Dr. Uttama Savanayana, delegasi Alibaba akan menjalankan rundingan dengan Pejabat Pembangunan EEC tentang kemungkinan menambah pelaburan di Thailand.

Enam hingga lapan projek pelaburan akan ditetapkan untuk fasa awal kerjasama berkenaan.

Kata Jack Ma, Alibaba telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan kerajaan Thailand dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau menilai tinggi wawasan dan komitmen kerajaan Thailand untuk membangunkan negara, termasuk pelan "Thailand 4.0".

Ma turut berbesar hati kerana mendapat kepercayaan rakyat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China