Cari:
Najib: Kerjasama Malaysia, China Menang-menang
2018-02-28 11:29:43 CRI Cetak

Sektor perindustrian dan perniagaan China adalah rakan kongsi penting bagi Malaysia dalam usaha membangunkan diri menjadi negara berpendapatan dan berkemahiran tinggi. Pelaburan dari China amat dialu-alukan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri acara sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) di Kuala Lumpur semalam.

Beliau mengenang kembali kejayaan yang tercapai hasil kerjasama kedua-dua negara dan merakamkan terima kasih atas sumbangan usahawan China terhadap pembangunan ekonomi Malaysia.

Sebagai contoh, projek Taman Industri Kuantan Malaysia-China telah mencipta puluhan ribu peluang pekerjaan, di samping merangsang ekonomi tempatan.

Selain itu, cawangan Universiti Xiamen di Malaysia, kawasan perdagangan bebas digital atas kerjasama dengan syarikat Alibaba, pegangan saham syarikat automotif Geely dalam Proton dan projek rel pantai timur yang dibina oleh China, juga membawa kepada situasi menang-menang.

Najib turut menyanjung tinggi inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang memberikan manfaat kepada negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China