Cari:
China Sedia Perluas Kerjasama Saling Untung
2018-03-01 14:04:35 CRI Cetak

China bersedia memperluas kerjasama saling menguntungkan dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) termasuk Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang sebagai respons kepada penilaian positif Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pembinaan B&R baru-baru ini.

Najib berpendapat bahawa Malaysia akan memperoleh banyak faedah daripada pembinaan B&R. Katanya, sektor perindustrian dan perniagaan China adalah rakan kongsi penting bagi Malaysia dalam usaha membangunkan diri menjadi negara berpendapatan dan berkemahiran tinggi.

Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari China serta kerjasama yang saling menguntungkan.

Lu Kang berkata, pembinaan B&R berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi demi keuntungan bersama, mendapat sokongan dan penglibatan meluas masyarakat antarabangsa.

China dan Malaysia sebagai jiran baik, mengekalkan kerjasama rapat dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Tambah beliau, Malaysia juga antara negara yang paling awal memberi respons kepada inisiatif B&R. Kerjasama antara China dengan Malaysia telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China