Cari:
Perlindungan Alam Sekitar Diutamakan dalam Pembinaan ECRL
2018-03-01 11:26:40 CRI Cetak

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (NRE) memeterai perjanjian dengan Kumpulan Pembinaan Komunikasi China, syarikat pembangun projek rel pantai timur (ECRL) di Malaysia.

Menurut perjanjian itu, pembinaan ECRL akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang perlindungan haiwan liar bagi mengurangkan gangguan terhadap mergastua.

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer, melalui beberapa kawasan hutan dan pergunungan yang menjadi habitat bagi 30 jenis haiwan liar seperti beruang dan tapir.

Menteri NRE, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi menyatakan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan untuk meminimumkan kesan pembinaan terhadap alam sekitar. Seperti contoh, 29 terowong di bawah tanah akan dibina untuk memudahkan pergerakan haiwan liar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China