Cari:
Hubungan China-Thailand Bawa Peluang Baharu
2018-03-01 12:58:21 CRI Cetak

Forum mengenai prospek hubungan antara Thailand dengan China anjuran Suruhanjaya Perniagaan Thailand-China diadakan di Bangkok kelmarin.

Para peserta bersependapat bahawa China dan Thailand masing-masing berada dalam fasa pembangunan yang penting, dan berdepan dengan peluang baharu untuk memperkukuh hubungan antara satu sama lain.

Duta Besar China ke Thailand, Lyu Jian berkata, kemasukan pelaburan dan teknologi canggih syarikat China seperti Huawei, JD dan Alibaba serta pasaran China yang berskala raksasa, menyediakan ruang pembangunan yang besar kepada Thailand.

Thailand yang mengutamakan pembangunan sektor kewangan dalam talian, data besar, robotik, kenderaan elektrik dan tenaga baharu, boleh mendapat manfaat daripada kerjasama dengan China yang memiliki teknologi canggih dan kaya dengan pengalaman berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Perniagaan Thailand-China, Vikrom Kromadit pula berkata, China selaku rakan dagang utama Thailand, memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara itu. Pendapatan yang dijana oleh pelancong China ke Thailand juga satu penyumbang besar.

Thailand terlibat secara aktif dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk menyelaraskan strategi pembangunan, demi kemajuan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China