Cari:
Pesta Budaya Tradisional China di Filipina
2018-03-04 15:18:41 CRI Cetak

Pesta Budaya Tradisional Filipina-China ke-18 diadakan di Manila semalam. Lebih seribu orang penduduk tempatan menghayati pelbagai budaya tradisional China seperti tarian singa, permainan teka-teki, guntingan kertas, Go (sejenis catur tradisional China) dan alat muzik serta nyanyian dan tarian kedua-dua negara.

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua berkata, pesta yang diadakan setahun sekali ini menampakkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara kian dipertingkat. Beliau yakin hubungan antara China dengan Filipina akan kian rapat di bawah pimpinan pemimpin kedua-dua negara.

Wakil Khas Datuk Bandar Manila, Pengarah Jabatan Kebudayaan Manila, Sefia Arboladura berkata, pesta ini menjadi platform yang membolehkan rakyat kedua-dua negara saling memahami selain merapatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China