Cari:
Tokoh Media Indonesia Puji Pembangunan China
2018-03-06 14:17:11 CRI Cetak

China melakar pencapaian cemerlang dalam pembangunan sepanjang lima tahun lalu.

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China diharap dapat menggalakkan kerjasama saling menguntungkan antara negara-negara terlibat, termasuk Indonesia.

Editor kanan majalah "Tempo" Indonesia, Nur Haryanto ketika mengulas laporan kerja kerajaan China tahun ini, menyatakan bahawa pembangunan tenaga baharu menjadi tumpuan beliau.

Katanya, komitmen kerajaan China menangani pencemaran alam sekitar dan mewujudkan pembangunan lestari menyumbang kepada perkembangan pesat sektor tersebut pada beberapa tahun ini.

China terdepan di dunia dalam pembangunan kenderaan hijau, industri fotovolta dan janakuasa angin.

China aktif menggalakkan pelaksanaan Perjanjian Paris, di samping meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi menangani perubahan iklim serta merintis jalan pembangunan hijau.

Pengarah Jabatan Media Baharu Radio Elshinta, Mario Vau pula menyatakan bahawa persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) bukan sahaja penting bagi China, malah secara tidak langsung membawa pengaruh kepada Indonesia dan negara-negara lain di rantau ini.

Ini kerana pembangunan China turut menggalakkan pembangunan bersama.

Di bawah inisiatif B&R serta sokongan pelbagai platform seperti Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), China telah menjalin kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara-negara jiran, termasuk Indonesia.

Beliau berharap China terus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi serantau dan isu penting antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China