Cari:
Inovasi China Cipta Peluang
2018-03-06 14:58:16 CRI Cetak

Inovasi yang diusahakan China membantu mewujudkan persaingan sihat serta menawarkan lebih banyak pilihan kepada pasaran seluruh dunia.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Zainuddin Yahya dalam temu bual bersama Agensi Berita Xinhua sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang dirasmikan semalam.

Kata beliau, China komited membangunkan ekonomi terbuka, termasuk merancakkan perdagangan luar dan menggalakkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Dasar pintu terbuka yang terus diamalkan China akan mencipta lebih banyak peluang kepada negara-negara lain termasuk Malaysia untuk merapatkan kerjasama dan meneroka potensi ekonomi.

Pembangunan ekonomi yang terbuka juga bakal membantu mempererat interaksi antara sektor perindustrian dan perniagaan Malaysia dan China, sekali gus mengukuhkan kerjasama ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China