Pendengar radio dan netizen dari Indonesia, khususnya pengguna Facebook memberi perhatian terhadap laporan kerja kerjaaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC).
Mereka menyanjung tinggi dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diamalkan China, dengan menganggap dasar tersebut menguntungkan negara-negara lain, termasuk Indonesia.
Presiden Kelab Pendengar Radio (RLC), Tjan Lien Djien berkata, pembangunan ekonomi China dalam tempoh lima tahun lalu amat mengagumkan dan turut memacu pertumbuhan ekonomi negara-negara jiran.
Pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) nescaya memberi lebih banyak manfaat kepada negara-negara serantau.
Netizen yang bernama Rudy Hartono Jar'ie memberi komen bahawa dunia mengalu-alukan China meningkatkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.
Dasar yang diamalkan China sepanjang 40 tahun lalu itu bukan sahaja menjana pembangunan dan kemakmuran sendiri, malah mencipta peluang kepada negara-negara jiran.
Seorang lagi netizen bernama Achmad Algazali pula berkata, China mencapai kemajuan cemerlang dalam bidang pendidikan dan inovasi teknologi sepanjang lima tahun yang lalu. Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dibina oleh China antara bukti China bersedia berkongsi teknologi dengan seluruh dunia.