Cari:
China Sumber Pelaburan Utama Kemboja
2018-03-08 11:59:02 CRI Cetak

Kemboja berjaya menarik 183 projek melibatkan pelaburan asing USD6.3 bilion (RM25 bilion) sepanjang tahun lepas, meningkat 75% berbanding tahun sebelumnya. China adalah sumber pelaburan utama bagi negara itu.

Dalam Forum Perniagaan dan Pelaburan Kemboja-China di Phnom Penh semalam, Naib Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCOIC), Cheng Qingtao berkata pihaknya akan memanfaatkan mekanisme kerjasama dua hala dan majlis perniagaan Lancang-Mekong untuk merancakkan pelaburan.

Langkah juga akan diambil untuk meneroka potensi perdagangan, meningkatkan kesalinghubungan serta memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, kapasiti pengeluaran dan pelancongan di rantau berkenaan.

Penolong Ketua Setiausaha Majlis Pembangunan Kemboja (CDC), Nut Unvoanra pula berkata, iklim perdagangan yang baik di Kemboja boleh membantu pelabur dari China meneroka pasaran antarabangsa. Kerajaan Kemboja akan terus memudahkan syarikat China membuat pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China