Pembelokan mendadak punca pelanggaran kapal perang USS John S. McCain dengan sebuah kapal tangki di perairan timur Singapura Ogos lalu.
Laporan siasatan yang diumumkan Kementerian Pengangkutan Singapura semalam mendedahkan bahawa kapal AS itu tiba-tiba menambah kelajuan dan membelok ke laluan sebuah kapal tangki.
Maklum laporan itu, beberapa anak kapal dipinjam dari kapal lain, kurang pengalaman mengendalikan sistem pengemudian USS John S. McCain yang berlainan dengan kapal mereka dahulu.
Insiden pada 21 Ogos itu mengakibatkan 10 anggota tentera AS terbunuh dan lima lagi cedera.
Susulan itu, tentera laut AS memeriksa prestasi armada ketujuh yang ditempatkan di Lautan Pasifik secara menyeluruh.