Cari:
Pegawai Thailand Puji PKC Berjiwa Rakyat
2018-03-09 11:19:10 CRI Cetak

Pencapaian China dalam tadbir urus negara sepanjang lima tahun lalu mencerminkan falsafah Parti Komunis China (PKC) mengutamakan rakyat dalam mengejar pembangunan.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Naib Presiden Persatuan Budaya dan Ekonomi Thailand-China, Paisal Puechmongkol dalam temu ramah bersama Radio Antarabangsa China (CRI) di Bangkok.

Menurut beliau, China kini lebih mementingkan kualiti pertumbuhan ekonomi daripada kepesatan, di samping mengutamakan pembangunan kawasan luar bandar selain bandar dan pekan.

Tumpuan yang diberikan kepada kempen membasmi kemiskinan dan strategi pembangunan kawasan luar bandar memperlihatkan PKC berjiwa rakyat.

Beliau berpendapat, pencapaian cemerlang China dalam lima tahun lalu adalah berkat panduan fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, yang merupakan rumusan pengalaman serta hasil kebijaksanaan PKC dan rakyat China.

Fikiran tersebut termaktub dalam draf pindaan perlembagaan yang sedang dibahaskan oleh wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), dan dianggap sumbangan China kepada sistem politik dunia.

Kejayaan China turut menggalakkan banyak negara serantau menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China