Cari:
Bursa Thailand Bunyi Loceng IWD
2018-03-09 14:29:22 CRI Cetak

Program pembangunan wanita PBB, UN Women bersama-sama Bursa Thailand mengadakan upacara membunyikan loceng sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD) semalam, untuk memajukan kesamaan jantina dan kedudukan wanita.

Presiden Bursa Thailand (SET), Kesara Manchusree memaklumkan bahawa antara 643 syarikat yang tersenarai di SET, 12% diketuai wanita, sementara 80% mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota wanita di lembaga pengarah.

Beberapa syarikat tempatan turut menyertai inisiatif PBB untuk memartabatkan wanita.

Pejabat UN Women di Asia dan Pasifik menekankan perlunya usaha diperhebat bagi memastikan matlamat kesamaan jantina serta memartabatkan wanita dan kanak-kanak direalisasikan menjelang 2030.

Syarikat khususnya sektor swasta diseru menyediakan platform dan peluang yang lebih adil dan sama rata kepada kaum wanita.

Upacara serupa diadakan di seluruh dunia melibatkan 59 bursa pada hari sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China