Kapal persiaran Costa neoRomantica bertolak dari Xiamen, China semalam membawa 1,800 penumpang untuk pelayaran 15 hari ke enam negara Asia Tenggara, iaitu Filipina, Malaysia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Vietnam.
Ini merupakan laluan pelayaran makan angin bertema "Jalur dan Laluan" (B&R) pertama China yang merentasi enam negara ASEAN.
Satu aktiviti interaksi dan promosi seni budaya selatan provinsi Fujian akan diadakan di dek NeoRomantica bermula 22 Mac.
Ini adalah kali pertama China menganjurkan acara promosi seni budaya di kapal persiaran.