Cari:
CAMC Menang Tender Projek Filipina
2018-03-09 14:32:22 CRI Cetak

Perbadanan Kejuruteraan CAMC China menandatangani kontrak bernilai USD 73 juta (RM285 juta) dengan kerajaan Filipina semalam bagi projek rumah pam tali air Sungai Chico.

Kaunselor Ekonomi dan Perniagaan China ke Filipina, Jin Yuan yang menyaksikan pemeteraian kontrak itu berkata, kerjasama tersebut memberi isyarat kerajaan China komited menyokong pelan pembangunan infrastruktur Filipina.

Ketua Jabatan Pentadbiran Tali Air Negara (NIA) Filipina, Ricardo Visaya pula berkata, pihaknya berpuas hati dengan kecekapan dan mutu kerja syarikat China dalam projek usaha sama sebelum ini.

CAMC dipercayai mampu menjayakan projek rumah pam tali air Sungai Chico dengan piawaian tinggi.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China