Cari:
Usul Bina Sistem Kawal Penyakit Berjangkit China-ASEAN
2018-03-11 15:22:58 CRI Cetak

Jawatankuasa Pusat Parti Zhi Gong mengemukakan usul untuk membentuk sistem pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit China-ASEAN.

Usul berkenaan telah diserahkan kepada persidangan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang berlangsung di Beijing.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyertaan Pentadbiran dan Politik Parti Zhi Gong, Wang Qiping berkata, China dan ASEAN yang berdekatan dari segi kedudukan geografi berdepan cabaran serupa dalam usaha mencegah dan merawat penyakit berjangkit.

Risiko penularan penyakit berjangkit di rantau ini semakin meningkat berikutan peningkatan mobiliti dan logistik rentas sempadan.

Oleh itu, sistem pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit hendaklah ditubuhkan bagi memperkasakan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam hal ini.

Sistem berkenaan dicadangkan melibatkan penubuhan makmal serta pusat pencegahan penyakit di Guangxi dan Yunnan yang berjiran dengan negara ASEAN. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China