Cari:
Fasa Pertama Projek JIIPE Siap Dibina
2018-03-12 14:45:51 CRI Cetak
Satu majlis diadakan di Surabaya, Indonesia pada 9 Mac lalu untuk menandakan fasa pertama projek Kawasan Industri dan Pelaburan Bersepadu Java (JIIPE) siap dibina.

Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden Joko Widodo, para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, serta Konsul Jeneral China ke Surabaya, Gu Jingqi.

JIIPE, sebuah projek infrastruktur strategik negara, usaha sama kumpulan AKR dengan Syarikat Komunikasi dan Pembinaan China (CCCC) yang mencakupi keluasan 3,000 hektar.

Kawasan bersepadu itu menggabungkan fungsi zon industri, pelabuhan dan perumahan, dan merupakan satu-satunya taman industri bersepadu di timur Indonesia yang dilengkapi zon bebas cukai.

Menurut Widodo, meskipun bergelar entiti ekonomi terbesar ASEAN, Indonesia ketinggalan dalam bidang eksport dan pelaburan jika dibandingkan dengan negara lain di rantau itu ekoran pengurusan yang kurang cekap.

Beliau menggesa supaya masalah tersebut ditangani dengan secepat mungkin agar memulihkan kepercayaan pelabur asing terhadap Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China