Cari:
CCOIC, Penggalak Kerjasama Ekonomi China-Thailand
2018-03-12 16:46:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Delegasi usahawan China yang diatur oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCOIC) mengadakan pertemuan dengan institusi kerajaan serta usahawan tempatan di Thailand pada 4 hingga 10 Mac lalu.

Lawatan delegasi ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Thailand.

Cheng Qingtao, Naib Presiden CCOIC berkata, delegasi itu turut mengunjungi Taman Industri Thailand-China di Rayong, daerah-daerah yang terlibat dalam projek Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand, serta membincangkan urusan kerjasama dengan agensi-agensi kewangan tempatan.

Cheng berkata, beberapa kategori bidang kerjasama EEC seperti prasarana, tenaga alternatif dan bioperubatan bukan sahaja sesuai dengan pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), malah juga membuka peluang kerjasama bagi syarikat China pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China