Cari:
B&R, Penjana Baharu Hubungan China-Singapura
2018-03-12 16:49:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Singapura, Fang Xinwen dalam rencananya yang diterbitkan dalam akhbar Lianhe Zaobao Singapura hari ini menitikberatkan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) sedang melakar hala tuju perkembangan hubungan dua hala antara China dengan Singapura.

Fang dalam rencana itu berkata, B&R bukan sahaja mewakili trend dan peluang pada era globalisasi ini, malah memperlihatkan konsep dan matlamat pembangunan bersama kedua-dua negara. Inisiatif tersebut dipercayai dapat dijadikan penjana baharu bagi kerjasama bilateral.

Beliau turut berharap kerjasama kedua-dua negara dalam rangka inisiatif B&R itu membawa lebih banyak hasil konkrit demi pembangunan kedua-dua negara dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China