Cari:
Pembinaan Kampus Malaysia Universiti Xiamen Lancar
2018-03-12 11:09:18 CRI Cetak

Kampus Universiti Xiamen di Malaysia sedang dibangunkan dengan lancar, dan diharap melahirkan lebih banyak tenaga profesional bertaraf dunia untuk mendorong pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) pada masa depan.

Demikian ujar Zhang Rong, Presiden Universiti Xiamen yang juga Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China semasa sesi wawancara berkumpulan sempena sidang pertama NPC ke-13 semalam.

Kata beliau, pembinaan kampus Universiti Xiamen di Malaysia telah merintis jalan bagi projek-projek serupa yang dibangunkan universiti China di luar negara.

Kampus di Malaysia itu meliputi keluasan kira-kira 60 hektar dan menawarkan 13 jurusan pengajian. Pada masa ini, fasa pertama pembinaan sudah pun siap. Sebanyak 2,800 mahasiswa telah diterima, dan jumlah itu dijangka akan melebihi 4,000 menjelang hujung tahun ini.

Pembinaan kampus Universiti Xiamen di Malaysia dinilai positif oleh masyarakat tempatan, yang menyifatkannya sebagai batu tanda dalam pembinaan B&R serta kerjasama pendidikan tinggi antara China dengan Malaysia.

Kampus tersebut digambarkan sebagai kampus paling indah di Malaysia.

Pendaftaran penuntut dibuka pada tahun 2015, dengan sasaran 10 ribu mahasiswa baharu setiap tahun menjelang 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China