Cari:
China, ASEAN Mantapkan Hubungan pada Era Baharu
2018-03-14 10:54:20 CRI Cetak

 

China akan lebih mengutamakan ASEAN dalam dasar luarnya dan komited untuk bersama-sama melonjakkan perkongsian strategik dengan ASEAN ke tahap lebih tinggi, hingga mewujudkan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian dalam ucapan yang disampaikan di Pusat Pengajian Strategik dan Isu Antarabangsa (CSIS) di Jakarta semalam.

Huang dalam ucapan yang menumpukan hubungan China-ASEAN pada era baharu ini, turut menyatakan bahawa China menyokong pembinaan komuniti ASEAN serta peranan penting yang dimainkan blok itu dalam kerjasama serantau dan hal ehwal antarabangsa.

Hubungan antara China dengan ASEAN telah beralih daripada fasa pertumbuhan kepada fasa matang, sekali gus membuka ruang yang lebih besar bagi pembangunan dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China