Cari:
Perdagangan China-ASEAN Perlu Terus Dipermudah
2018-03-14 11:02:10 CRI Cetak

Perdagangan antara China dengan ASEAN perlu terus dipermudah, memandangkan kadar pertumbuhan lebih rendah daripada jangkaan.

Ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Xia Fei menyatakan demikian dalam mesyuarat CPPCC baru-baru ini, sambil mengemukakan lima cadangan untuk mempermudah kegiatan perdagangan berkenaan.

Beliau menyarankan agar kerjasama kapasiti industri diperhebat melalui rantaian industri melibatkan pelbagai negara, di samping membina zon rintis e-niaga rentas sempadan dan melaksanakan prosedur kastam yang lebih cekap, mudah dan selamat.

Mekanisme rundingan bilateral dan multilateral juga perlu dibentuk, serta sistem logistik bersepadu yang dikawal selia oleh sebuah jawatankuasa pemiawaian bersama, bagi meningkatkan kesalinghubungan pasaran China dan ASEAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China