Cari:
Sidang NPC, CPPCC Tumpuan Media Vietnam
2018-03-14 12:58:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 yang sedang berlangsung di Beijing menjadi tumpuan utama media arus perdana dari Vietnam.

Draf pindaan Perlembagaan Republik Rakyat China telah diluluskan dan pelan penyusunan semula struktur Dewan Negara yang sedang dibahaskan mendapat pujian media tersebut.

Akhbar Nhan Dan dalam satu rencana yang diterbitkan menerusi lawan sesawangnya menyatakan bahawa draf pindaan perlembagaan yang telah diluluskan amat signifikan berikutan pemaktuban Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China Pada Era Baharu sebagai sebahagian kandungan penting perlembagaan negara ini.

Berhubung pelan penyusunan semula struktur Dewan Negara, akhbar Tuoi Tre pula menyatakan bahawa langkah menyusun dan menstrukturkan semula Dewan Negara bertujuan untuk memastikan jabatan-jabatan kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, efisien dan berintegriti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China