Cari:
B&R Tarik Pelaburan Syarikat China di Asia Tenggara
2018-03-14 13:02:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Semakin banyak syarikat China memilih untuk melabur di negara-negara Asia Tenggara susulan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang sedang dipergiat pada masa ini.

Cheung Chi Kin, Pengurus Besar United Overseas Bank (UOB) Singapura ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua berkata, satu pertiga daripada pelanggan UOB yang meminta khidmat pakar runding adalah syarikat dari China.

Cheung berkata, UOB telah menempatkan jabatan khidmat pakar runding yang menyasarkan perusahaan China di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang juga merupakan lima negara terlibat dalam B&R.

Serentak itu, UOB turut menawarkan khidmat khusus bagi memudahkan syarikat China menanam modal di timur Thailand berikutan pelaksanaan projek Koridor Ekonomi Timur (EEC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China