Seratus mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Kolej Teknik dan Vokasional Dili, Timor Leste, dibawa mengunjungi tapak pembinaan lebuh raya Suai, projek usaha sama dengan kumpulan China Railway, petang semalam.
Program lawatan sambil belajar selama tiga jam itu membolehkan ahli rombongan melihat sendiri cara kerja syarikat China serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan.
Para mahasiswa kagum dengan mutu dan cara kerja syarikat China itu yang dipuji amat cekap dan bertaraf tinggi dari segi teknologi. Mereka turut menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam projek kerjasama dengan China bagi menyumbang kepada pembangunan negara sendiri.
Majlis pecah tanah projek lebuh raya Suai diadakan pada 20 Januari 2016. Lebuh raya tersebut adalah yang pertama di Timor Leste, dan amat dihargai oleh kerajaan dan rakyat negara itu.