Satu seminar melibatkan pelabur China diadakan di Bangkok semalam, bagi membincangkan peluang pelaburan di Thailand berorientasikan prospek Koridor Ekonomi Timur (EEC) dan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).
Kaunselor Ekonomi dan Perniagaan di Kedutaan Besar China, Zhang Peidong menyatakan, China dan Thailand mempunyai banyak persamaan dari segi konsep dan langkah-langkah pragmatik untuk membangunkan ekonomi, termasuk penekanan yang diberikan terhadap kelestarian pembangunan dan inovasi ekonomi sebenar.
Pada masa ini, beberapa gergasi teknologi China seperti Huawei, ZTE, JD dan Alibaba sudah bertapak di Thailand.
Zhang berkata, kerajaan China menggalakkan syarikat tempatan melabur di Thailand, sementara interaksi dan pembangunan diharap dapat dipacu melalui pelaksanaan kerjasama subkawasan Lancang-Mekong dan pelan EEC.
Usahawan Thailand pula menyatakan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan EEC akan membawa lebih banyak peluang pelaburan, ekonomi dan perdagangan.