Cari:
Pembaharuan Dewan Negara, Hasil Pengintensifan Pembaharuan PKC
2018-03-16 14:25:49 CRI Cetak

Pelan pembaharuan terhadap institusi Dewan Negara China yang diserahkan untuk dibahaskan dalam sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 pada 13 Mac lalu, mendapat penilaian positif daripada tokoh-tokoh politik Thailand.

Penasihat Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Naib Presiden Persatuan Budaya dan Ekonomi Thailand-China, Paisal Puechmongkol berkata, perkembangan ini merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha China mengintensifkan pembaharuan secara komprehensif di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC).

Dalam temu bual bersama CRI, Paisal berkata bahawa sejak Kongres Kebangsaan ke-19 PKC diadakan tahun lalu, banyak inisiatif pembaharuan telah diperkenalkan.

Pembaharuan terhadap Dewan Negara ini dilaksanakan berdasarkan isyarat Jawatankuasa Pusat PKC, bagi memastikan lebih ramai pegawai berkaliber mengetuai pelbagai jabatan kerajaan berkhidmat untuk rakyat.

Beliau yakin pembaharuan terhadap institusi pentadbiran tertinggi China ini akan membuahkan hasil yang dihasratkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China