Cari:
B&R Manfaat bagi Eropah Tengah, Timur, Asia Tenggara
2018-03-16 12:50:37 CRI Cetak

Laporan kerja kerajaan China yang dibentangkan semasa persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) selaras dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang dijunjung Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB).

Radek Pyffel, Pengarah AIIB di Poland mengulas demikian dalam temu bual bersama CRI di Jakarta semalam, sambil menyatakan keyakinan bahawa pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan membawa manfaat kepada rakyat di Eropah Tengah dan Timur serta Asia Tenggara.

Kata beliau, laporan kerja kerajaan China itu menekankan semula komitmen untuk terus menggalakkan keterbukaan secara menyeluruh serta kerjasama antarabangsa dalam rangka B&R.

Menurut beliau, inisiatif B&R telah mendapat sokongan dan penglibatan semakin banyak negara, berikutan kerjasama yang membawa kepada situasi menang-menang.

Fungsi AIIB adalah untuk membantu pembangunan infrastruktur negara-negara di rantau Asia Pasifik. Inisiatif B&R yang dikemukakan China berkait rapat dengan matlamat AIIB ini, nescaya membolehkan negara-negara terlibat memajukan infrastruktur masing-masing demi manfaat rakyat.

Pada hari yang sama, Radek Pyffel diundang oleh Sekolah Pengajian Strategik dan Global, Universiti Indonesia untuk menyampaikan ceramah bertemakan pengaruh B&R di Eropah Tengah dan Timur serta Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China