Cari:
Sistem Politik China Selaras Keadaan Negaranya
2018-03-17 13:04:00 CRI Cetak

Bekas Duta Besar Myanmar di China, U Tin Oo ketika diwawancara wartawan MI Radio Mynamar baru-baru ini berkata, beliau telah memberi perhatian terhadap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang berlangsung di Beijing. Beliau berpendapat sistem politik China kini selaras dengan keadaan negaranya.

U Tin Oo pernah diundang menghadiri NPC dan CPPCC dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Besar di China.

Beliau terutamanya memberi perhatian terhadap aspek pembaharuan ekonomi dan pembinaan infrastruktur di China.

Mengenai pemindaan perlembagaan, beliau berkata, memandangkan China sebagai negara besar yang mempunyai populasi kira-kira 1.4 bilion, sistem politik yang bercirikan tersendiri dan pemindaan perlembagaan yang amat diperlukan dilihat selaras dengan keadaan negaranya.

U Tin Oo pula berkata, Myanmar dan China telah menjalinkan hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif. Apabila Mynamar menghadapi kesusahan, China sering menghulurkan bantuan dan sokongan. Beliau yakin kedua-dua negara akan terus mengekalkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China