Cari:
China Bantu Myanmar Kembangkan Penggunaan Sumber Bersih
2018-03-18 14:49:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Projek fasa pertama bagi Loji Janakuasa Gas Asli Kitar Bersama Thaketa usaha sama syarikat China-Myanmar telah siap dibina secara rasmi di Yangon pada 17 Mac lalu.

Hal demikian menandakan kerjasama antara China dengan Myanmar telah mencapai kemajuan yang memuaskan dalam sektor pembekalan elektrik dan penggunaan sumber bersih pada mas ini.

Penjanaan kuasa elektrik hasil projek fasa pertama Loji Thaketa mencatat 106 megawatt. Loji yang unit-unitnya telah beroperasi secara rasmi pada 28 Februari ini, dijangka akan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 10% kepada Yangon pada setiap tahun.

Menteri Perancangan dan Kewangan Myanmar, Kyaw Win berkata, projek Thaketa itu merupakan kejayaan penting dalam kerjasama pembekalan elektrik antara Myanmar dengan China. Beliau turut menanti-nantikan kedua-dua negara dapat memperluas kerjasama dalam sektor yang lain pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China