Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN-Australia Berakhir
2018-03-19 13:25:57 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN-Australia selama dua hari berakhir di Sydney, bandar terbesar di Australia semalam. Ini kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak ini.

Kenyataan Sydney turut diluluskan yang menyebut bahawa ASEAN dan Australia memasuki era baharu yang hubungannya kian erat.

Kerajaan Australia menyatakan bahawa pihaknya akan memperuntukkan USD23 juta (RM90 juta) dalam masa lima tahun akan datang sebagai sokongan kepada negara ASEAN untuk pembangunan bandar pintar dan lestari.

Dalam tempoh antara 2015 hingga 2016, jumlah perdagangan antara ASEAN dengan Australia meningkat kepada USD71 bilion (RM279 bilion), meletakkan ASEAN rakan dagang kedua terbesar Australia mendahului Jepun, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China