Cari:
Filipina Lancar Bon Panda
2018-03-20 11:32:59 CRI Cetak

Bank Pusat Filipina akan melancarkan bon panda dengan tempoh sah laku tiga tahun bernilai RMB1.46 bilion (RM5.7 bilion) di pasaran China pada 20 Mac.

Menurut kenyataan bank itu, sejak renminbi (RMB) masuk ke bakul hak pengeluaran khas (SDR) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 2016, penggunaannya di seluruh dunia semakin meluas. Pelancaran bon panda kali ini adalah tepat pada waktunya.

Bon panda merupakan bon mata wang RMB yang dilancarkan oleh institusi kewangan asing dan multilateral dari seberang laut di pasaran China. Mengikut kelaziman, bon seumpama itu akan dinamakan sempena maskot yang bercirikan negara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China