Cari:
Singapura Tumpukan Ucapan Presiden Xi
2018-03-20 16:33:11 CRI Cetak

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China berakhir di Beijing hari ini. Ucapan penting yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam sidang pagi tadi menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat Singapura.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan dan Strategi Longus Singapura, Koh Chin Yee, ucapan Presiden Xi meninggalkan kesan yang mendalam berikutan penekanan yang diberikan mengenai pentingnya rakyat, terutamanya kepentingan rakyat diutamakan dalam pelaksanaan dasar.

Laman sesawang Lianhe Zaobao Singapura telah membuat liputan langsung ucapan Presiden Xi itu.

Manakala, akhbar The Straits Times menerbitkan rencana pengarang yang memetik kata-kata Presiden Xi bahawa sebarang tindakan dan niat untuk memecah-belahkan perpaduan negara China pasti menemui kegagalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China