Cari:
Duta Laos: Kejayaan China Basmi Kemiskinan Jadi Inspirasi
2018-03-21 13:49:23 CRI Cetak

Duta Besar Laos ke China, Vandy Bouthasavong memuji hasil usaha padu Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan China membasmi kemiskinan, suatu kejayaan cemerlang dalam sejarah umat manusia.

Beliau berkata, perjuangan PKC dan kerajaan untuk membasmi kemiskinan sepanjang lima tahun lalu berjaya menambah baik kesejahteraan rakyat. Dalam tempoh itu, seramai 68 juta rakyat dilepaskan daripada belenggu kemiskinan, membolehkan kadar kemiskinan negara ini turun daripada 10.2% kepada 3.1%.

Sebagai salah satu negara besar di dunia, China telah memainkan peranan membina dalam isu-isu antarabangsa serta memberi sumbangan besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Tambah beliau, China telah menetapkan matlamat pembangunan yang jelas pada tahun ini, iaitu kadar pertumbuhan ekonomi dikekalkan pada kira-kira 6.5%, di samping mengurangkan sebanyak 1 juta orang miskin.

Beliau yakin matlamat tersebut mampu dicapai, dan kejayaan China dapat menjadi inspirasi bagi Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China