Cari:
Jerayawara Songkran Thailand di China
2018-03-21 14:04:10 CRI Cetak

Wakil pengusaha dan Persatuan Pelancongan Thailand akan mengadakan jerayawara festival Songkran di China pada 26 hingga 30 Mac nanti untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara ini.

Menurut pengumuman Jabatan Pelancongan Negara Thailand semalam, delegasi seramai 50 orang itu akan menjalankan aktiviti promosi di Jinan provinsi Shandong, Shijiazhuang provinsi Hebei, Zhengzhou provinsi Henan dan Wuhan provinsi Hubei.

Empat bandar tersebut dianggap amat berpotensi sebagai sumber pelancong memandangkan tahap pembangunan yang maju dan taraf hidup penduduknya yang tinggi.

Aktiviti promosi akan memfokuskan destinasi di Thailand yang belum dipopularkan, serta itinerari berkualiti dan tersendiri yang sesuai untuk rombongan kecil seramai lima hingga tujuh pelancong.

China merupakan sumber pelancong terbesar bagi Thailand. Jumlah pelancong China ke negara itu pada tahun lalu melebihi 9.8 juta, meningkat 10% berbanding tahun sebelumnya, sekaligus menjana pendapatan pelancongan sebanyak 520 bilion baht (65 bilion ringgit).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China