Cari:
Kapal China Karam di Perairan Malaysia
2018-03-22 16:32:29 CRI Cetak

Sebuah kapal korek membawa anak kapal warga China karam di perairan Malaysia berhampiran bandar Muar, Johor semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang anak kapal warga China maut.

Berita itu disahkan oleh Kedutaan Besar China ke Malaysia, yang turut memaklumkan bahawa 12 anak kapal warga China dan dua anak kapal warga asing masih hilang.

Tiga daripada 16 warga China yang berada di kapal korek itu dilaporkan selamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) membertahu wartawan bahawa pihaknya telah menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kemalangan.

Kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China