Cari:
Malaysia Terbit Setem Bertema ETS
2018-03-22 11:07:57 CRI Cetak

Pos Malaysia mengeluarkan koleksi setem bertema Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Selasa lalu.

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) buatan China itu buat kali pertama menjadi tema koleksi setem Malaysia.

Koleksi setem itu mempunyai tiga reka bentuk yang mana dua daripadanya adalah setem 60 sen yang menampilkan ilustrasi lokomotif ETS Class 91 dan Class 92, manakala setem 80 sen memaparkan lokomotif ETS Class 93. Sebanyak 200 ribu keping akan dicetak untuk setiap reka bentuk.

Setakat ini, operasi HSR China di Malaysia telah mencatatkan perbatuan sejauh hampir 10 juta kilometer dengan lancar dan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China