Stesen TV Guangxi China dan Orange TV Indonesia menandatangani perjanjian kerjasama penyiaran program "Miracle of China" di Jakarta semalam.
Program terbitan bersama TV Guangxi dan Orange TV itu akan ditayangkan di Indonesia pada hari Sabtu dan Ahad bermula Jun nanti.
"Miracle of China" menyajikan pelbagai dokumentari terbitan China yang sepanjang 30 minit setiap episod.
Program itu akan menjadi jendela yang membolehkan penonton Indonesia mendekati dan menghayati pesona budaya dan tradisi masyarakat China serta alam semula jadi yang indah di negara ini.