Simposium bertema pembangunan China diadakan di Bangkok, Thailand kelmarin, anjuran bersama Kedutaan Besar China dan Majlis Penyelidikan Negara Thailand (NRCT).
Ketua Pusat Penyelidikan Model Pembangunan China, Universiti Fudan, Prof. Zhang Weiwei telah menghuraikan jalan pembangunan China dari perspektif sejarah dan perbandingan antarabangsa.
Beliau turut menyentuh peranan pemimpin dahulu dan sekarang dalam proses kebangkitan China secara damai.
Ketua Pusat Penyelidikan Kerjasama Strategik Thailand-China NRCT, Surasit Thanadtang pula menerangkan pandangan masyarakat Thailand terhadap pembangunan China, peluang yang dibawa pembangunan China serta inspirasi diberi kepada pembangunan negara dan sosial Thailand.