Cari:
Tindakan AS Umpama "Pedang Makan Tuan"
2018-03-26 14:10:02 CRI Cetak

Tindakan AS mengenakan tarif tinggi terhadap sejumlah produk yang diimport dari China, serta mengehadkan pelaburan dan pemerolehan oleh syarikat China di AS, umpama "pedang makan tuan" yang akan merugikan negara itu sendiri.

Demikian ujar Bambang Suryono, pakar isu China yang juga Ketua Editor Harian Inhua Indonesia, ketika diwawancara oleh Radio Antarabangsa China (CRI) baru-baru ini.

Kata beliau, tindakan yang telah lama dirancang AS itu adalah untuk mengganggu pembangunan China dalam bidang teknologi tinggi

Tindakan itu juga memperlihatkan AS kurang yakin diri terhadap pembangunan sendiri serta cabaran dari negara lain.

Suryono berpendapat perang perdagangan, jika tercetus, tidak akan berpanjangan kerana amalan perlindungan perdagangan tidak mungkin merencatkan momentum positif pembangunan dunia.

Beliau menambah bahawa komitmen China untuk meningkatkan keterbukaan akan membolehkan lebih banyak produk Indonesia dieksport ke China, menggantikan sebahagian produk AS. Hubungan ekonomi antara Indonesia dengan China akan semakin kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China