Cari:
China, Malaysia Bina Rantaian Industri Transnasional
2018-03-28 11:22:39 CRI Cetak

Wakil 38 media bahasa Cina termasuk dari Malaysia, Filipina dan Thailand melawat Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di Guangxi, China pada 24 hingga 29 Mac ini.

CMQIP adalah taman industri ketiga yang dibina atas usaha sama kerajaan China dengan negara asing.

CMQIP dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) telah meneroka mod baharu kerjasama antarabangsa.

Setakat ini, lebih 90 program pelaburan bernilai kira-kira RMB90 bilion (RM55.3 bilion) sedang dijalankan dan dibincangkan di CMQIP.

Program promosi pelaburan turut dianjurkan untuk menarik kemasukan industri tradisional ASEAN seperti makanan halal dan minyak sawit, di samping menggalakkan syarikat besi keluli, tembikar dan bahan baharu China menempatkan operasi mereka di Kuantan.

Dua taman industri tersebut disasarkan menjadi ikon program kerjasama pelaburan China-Malaysia dan projek rintis kerjasama China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China