Cari:
Pameran Kemboja CAEXPO Wahana Kerjasama
2018-03-28 12:36:46 CRI Cetak

Pameran Kemboja anjuran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2018 bakal diadakan di Phnom Penh pada 30 Mac hingga 1 April akan datang.

Dalam sidang akhbar semalam, pihak China dan Kemboja menyatakan pameran itu akan dijadikan wahana kerjasama ekonomi serta interaksi budaya.

Naib ketua Jabatan Perhubungan Luar, Sekretariat CAEXPO, Chen Min berkata, Pameran Kemboja melibatkan produk dan perkhidmatan teknikal sektor mesin, alat elektrik dan elektronik, pertanian, industri ringan dan bahan binaan.

Ketua Jabatan Promosi Perdagangan, Kementerian Perdagangan Kemboja pula berkata, hubungan antara Kemboja dengan China akan bertambah kukuh melalui pameran tersebut.

Produk-produk Kemboja melibatkan sektor pertanian, infrastruktur dan pembinaan, teknologi maklumat, pelancongan, pendidikan dan sumber manusia serta logistik akan dipamerkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China