Cari:
Xi Ucap Tahniah Win Myint Dipilih Presiden Myanmar
2018-03-29 11:13:37 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengirim kawat tahniah kepada Win Myint yang terpilih sebagai Presiden Myanmar semalam.

Dalam kawat itu, Presiden Xi menyatakan bahawa China dan Myanmar jiran yang mengikat jalinan "Pauk-Phaw" di kalangan rakyat.

Pada beberapa tahun ini, interaksi peringkat tinggi semakin kerap, kerjasama pragmatik diperluas, pertukaran sosiobudaya amat rancak manakala hubungan multilateral terselaras, hingga membawa faedah ketara kepada rakyat serta menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

Xi menegaskan, China amat mementingkan hubungan dengan Myanmar dan bersedia bersama-sama mengukuhkan persahabatan tradisional dan kerjasama saling menguntungkan, di samping melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China