Perancis dan Vietnam akan mempererat kerjasama ekonomi dan pertahanan bagi memantapkan hubungan bilateral.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong di Paris kelmarin.
Macron menyatakan bahawa beberapa syarikat Perancis telah menandatangani kontrak besar dengan syarikat Vietnam baru-baru ini, antaranya termasuk syarikat penerbangan Air France, kumpulan tenaga elektrik EDF dan Bouygues Telecom. Hal ini memperlihatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan berpotensi besar.
Perancis juga berhasrat menjalin kerjasama dengan Vietnam melibatkan produk pertanian, sumber tenaga dan pembangunan bandar lestari.
Dalam bidang pertahanan pula, rancangan kerjasama yang mengutamakan kelengkapan ketenteraan akan dirangka.
Pada Selasa lalu, Agensi Pembangunan Perancis memperkenalkan satu pelan tindakan jangka panjang untuk merancakkan kerjasama menangani perubahan iklim di Sungai Mekong serta Delta Sungai Merah.
Nguyen Phu Trong melawat Perancis pada 26 hingga 28 Mac lalu.