Cari:
Pameran Kemboja CAEXPO 2018 Dirasmikan
2018-03-31 14:36:05 CRI Cetak

Pameran Kemboja anjuran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2018 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari, dirasmikan di Phnom Penh semalam.

Setiausaha Negara Kementerian Perdagangan Kemboja, Chhuon Dara dalam upacara perasmian menyatakan bahawa Kemboja yang mengambil berat pelaburan asing telah menyediakan banyak syarat bagi memudahkan syarikat asing.

Beliau yakin pameran tersebut akan meningkatkan kerjasama ekonomi antara Kemboja dengan China, di samping melahirkan harapan syarikat China dapat mencari rakan kerjasama yang sesuai serta melabur dan merintis keusahawanan di Kemboja.

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo pula menyifatkan pameran itu wahana kerjasama penting bagi syarikat kedua-dua negara, sambil menyatakan wahana tersebut hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya hingga membuahkan hasil yang dihasratkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China