China dan Kemboja, komuniti berkongsi nasib yang selama ini sentiasa saling menyokong dan saling mempercayai.
China akan terus menyokong Kemboja menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri, serta usahanya untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara.
Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi, Vietnam semalam.
Kata Wang, China bersedia terus memperkasakan kerjasama muhibah dengan Kemboja, serta komunikasi dan penyelarasan dalam hal ehwal serantau.
China yakin Kemboja akan terus memainkan peranan positif untuk mengembangkan hubungan China-ASEAN.
Hun Sen pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan memberi sumbangan untuk memajukan kerjasama ASEAN-China.