Cari:
Negara Sungai Mekong Rakan Kerjasama Penting B&R
2018-03-31 16:14:29 CRI Cetak

"Jalur dan Laluan" (B&R), inisiatif inklusif bagi memperkasakan kerjasama saling menguntungkan berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi semalam, Menteri Luar China, Wang Yi berkata kerjasama yang berorientasikan B&R adalah bersifat saksama, terbuka dan inklusif.

Lima negara di subkawasan tersebut iaitu Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja and Vietnam telah memeterai perjanjian kerjasama B&R dengan China. Mereka juga telah menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R pertama yang diadakan di Beijing pada Mei tahun lalu.

Di samping itu, pelbagai projek kerjasama mega kini dilaksanakan dengan lancar termasuk pembinaan landasan kereta api China-Laos dan China-Thailand.

Negara-negara di lembangan Sungai Mekong adalah yang paling awal menyertai kerjasama B&R, dan juga akan memperoleh manfaat daripadanya dengan lebih awal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China